Cara mudah semak saman trafik JPJ AES secara online dan sms


AES - Automated Enforcement System ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca . AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat . Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ .

JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan . Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia ( MIROS ) . Antara jenis - jenis kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES untuk setakat masa kini adalah memandu melebihi hadlaju dan melanggar isyarat lampu isyarat .

Bagi memudahkan urusan orang ramai menyemak saman trafik JPJ AES secara online kini telah diwujudkan portal rasmi / laman web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ,penyemak/orang ramai tidak perlu hadir ke kaunter jabatan tersebut .Walaubagaimanapun semakan ini hanya untuk semakan SAMAN yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan - JPJ sahaja .

Berikut panduan ringkas seperti mana yang tertera di bawah cara - cara menyemak saman trafik JPJ AES online dan SMS tanpa perlu membuat pendaftaran / register terlebih dahulu sebelum login .

1 - Layari portal rasmi JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
2 - Klik laman utama dan klik SEMAK SAMAN DISINI - SAMAN

 Klik Semak Saman Disini .

3 - Pilih jenis - jenis senarai perkhidmatan di laman utama portal tersebut .

Pilih jenis - jenis senarai perkhidmatan di laman utama portal tersebut .

4 - Pilih atau klik carian pilihan .
5 - Isikan Kategori No. ID - MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan .
6 - Masukan kod sekuriti / captcha .
7 - Akhir sekali klik SEMAK - selesai .

Contoh saman yang terdapat dalam sistem tersebut .

Berikut sepertimana yang tertera di bawah panduan cara semak saman JPJ AES melalui SMS .

Taipkan : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>NO KAD PENGENALAN ATAU NO KENDERAAN pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 .

Berikut sepertimana yang tertera di bawah senarai perkhidmatan yang disediakan melalui portal tersebut .

1 - Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor .
2 - Pendaftaran Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) .
3 - Semakan Nombor Pendaftaran Terkini .
4 - Semakan Status Permohonan Penubuhan Institut Memandu .
5 - Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara .
6 - Semakan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh .
7 - Semakan Keputusan Ujian Memandu .
8 - Semakan Tarikh Ujian Memandu .
9 - Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu .
10 - Semakan Status Senarai Hitam .
11 - Semakan Saman JPJ & AES .
12 - Semakan Demerit .
13 - Borang Permohonan SM1JPJ .

Semoga dengan perkongsian panduan ringkas cara mudah semak saman trafik JPJ AES online dan sms di atas dapat memudahkan kita menyemak saman dan menyelesaikan saman - saman tertunggak serta ia juga dapat mengelak dari dimasukkan ke senarai hitam JPJ @ PDRM dan juga dapat menjimat masa dalam menguruskan perkara tersebut .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Cara mudah semak saman trafik JPJ AES secara online dan sms"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel