Kelebihan Selawat Syifa
Selasa, 7 Mac 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Alhamdulillah ,syukur nikmat kepada ALLAH S.W.T yang memberi nikmat serta rahmat-NYA agar dapat lagi kita semua menjalani kehidupan pada hari ini serta hari - hari yang seterusnya ,tidak lupa selawat dan salam keatas junjungan besar NABI MUHAMMAAD S.A.W .
Selawat syifa adalah salah satu selawat yang mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihannya , ianya berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit .
Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik,tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahtafsirkan dalam penterjemahannya. Menurut Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din , memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat demi ayat'.
Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.
Perjalanan dan keberkesanan hukum sebab musabab sebagaimana yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T serta usaha kita sebagai hamba-NYA yang tetap yakin ALLAH S.W.T adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan penyakit seseorang .
Insya Allah dengan mengamalkan selawat syifa' ianya dapat menyembuhkan setiap penyakit yang kita alami , antara kelebihan selawat syifa adalah sepertimana yang tertera di bawah dan kaedah atau cara amalan :
Sila baca selawat syifa sebanyak 21x dan hembuskan dalam air .
Minum air tersebut serta sapu pada anggota badan yang sakit . Insya Allah ianya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit .
Merangsangkan minda kanak - kanak .
Baca selawat syifa dan hembuskan ke kepala anak semasa anak sedang tidur . Ianya juga boleh di baca pada kismis dan diberi makan sehari 3 biji .
Melembutkan hati seseorang yang sedang marah atau merajuk .
Baca selawat syifa sebanyak 3x dan tarik nafas dalam - dalam , ulang sebanyak yang mampu . Boleh juga di hembuskan perlahan - lahan pada seseorang yang sedang marah .
Amalkan sebagai zikir harian .
Ketika menyapu rumah atau memasak makanan harian untuk keluarga - ianya dapat memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak - anak dan juga memupuk kasih sayang suami isteri .
Demikianlah secara ringkas kelebihan selawat syifa ,justeru itu ketepikan persoalan yang menyatakan pengamal selawat syifa "syirik"yang utama naiwaitu atau hati , jika hitam di dalam maka yang keluar pun hitam , andai di dalam putih bersih maka yang keluar sudah pasti putih bersih . Selamat Amal Beramal .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Kelebihan Selawat Syifa"
Catat Ulasan