Pengertian puasa ,niat ,syarak ,rukun dan doa


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan ramadhan dan hukum puasa ramadhan adalah wajib bagi umat Islam .

Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.

Firman Allah Ta’ala :

Surah Al-Baqarah ayat-183 .
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ” Surah Al-Baqarah Ayat 183 .

Pengertian Puasa :

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa :


  • 1 - Wajib
  • 2 - Sunat
  • 3 - Makruh
  • 4 - Haram

Puasa Wajib :

  • Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :

  • 1 - Puasa dalam bulan Sya’ban
  • 2 - Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  • 3 - Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  • 4 - Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
  • 5 - Puasa pada hari Isnin dan Khamis
  • 6 - Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
  • 7 - Puasa satu hari berbuka satu hari
  • 8 - Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  • 9 - Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

  • 1 - Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
  • 2 - Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

  • 1 - Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  • 2 - Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
  • 3 - Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
  • 4 - Puasa perempuan haid & Nifas
  • 5 - Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa Terbahagi Kepada 2 :

  • 1 - Syarat-syarat wajib
  • 2 - Syarat-syarat sah

Syarat Wajib :

  • 1 - Islam
  • 2 - Baligh
  • 3 - Berakal
  • 4 - Berupaya(sihat)
  • 5 - Bermukim

Syarat Sah Puasa :

  • 1 - Islam
  • 2 - Berakal
  • 3 - Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
  • 4 - Niat

Rukun Puasa :

  • 1 - Niat
  • Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
  • 2 - Masa Puasa
  • Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah- faedah berpuasa :

  • 1 - Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
  • 2 - Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
  • 3 - Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
  • 4 - Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
  • 5 - Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
  • 5 - Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
  • 6 - Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
  • 7 - Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Perkara - perkara sunat ketika berpuasa :

  • 1 - Makan sahur serta melambatkannya
  • 2 - Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  • 3 - Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  • 4 - Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  • 5 - Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • 6 - Membaca Al-Quran
  • 7 - Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara - perkara makruh ketika berpuasa :

  • 1 - Berbekam
  • 2 - Mengeluarkan darah
  • 3 - Berkucup
  • 4 - Merasa makanan
  • 5 - Bersugi selepas gelincir matahari
  • 6 - Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa :

  • 1 - Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  • 2 - Makan dan minum sepanjang hari
  • 3 - Muntah dengan sengaja
  • 4 - Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  • 5 - Keluar darah haid dan nifas
  • 6 - Gila
  • 7 - Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • 8 - Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa :

  • 1 - Musafir
  • 2 - Sakit
  • 3 - Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak
  • 4 - Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan :

  • 1 - Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
  • 2 - Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
  • 3 - Iblis dipenjarakan
  • 4 - Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
  • 5 - Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan

Niat Puasa Ramadhan .

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

Niat puasa fardhu Ramdhan .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan sebulan :

Niat puasa sebulan .
Ertinya : Sahaja aku berpuasa sebulan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.

Doa Ketika Berbuka Puasa .

Doa ketika berbuka puasa.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Justeru itu ,marilah kita bersama - sama berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan .Niat juga untuk membezakan antara adat dan ibadat supaya kita tahu bahawa yang kita ingin lakukan adalah ibadat yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT .
Article Provided By : www2.islamgrid.gov.my | Obor yang menyinari Alam .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Pengertian puasa ,niat ,syarak ,rukun dan doa"

  1. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    content marketing services malaysia
    company profile service malaysia

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel