Semakan status penerimaan bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula 1 April 2020
Khamis, 2 April 2020
Add Comment
Pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat wabak Covid-19 adalah pembayaran secara“One Off” pembayaran yang akan diberi sekali sahaja dan dikreditkan ke dalam akuan penerima sebanyak dua kali iaitu bulan april dan mei.
Pelbagai bantuan akan diagihkan kepada semua lapisan masyarakat seperti penjawat awam, pemandu teksi, doktor dan ramai lagi seperti yang telah diumumkan dalam Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN ini.
Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Isi Rumah.
a) Kahwin.
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020.
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
Bujang.
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020.
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas).
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
Isi Rumah
a) Kahwin.
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian.
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
d)Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian.
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas.
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.
Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun.
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.
Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan.
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Artikel ini hanya perkongsian bagaimana untuk membuat permohonan bantuan & semakan BPN sahaja, bukan tutorial. Segala rujukan tentang artikel ini adalah diambil terus dari portal rasmi Bantuan Sara Hidup.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Semakan status penerimaan bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula 1 April 2020"
Catat Ulasan