Cara memohon , pengeluaran dan semakan I - LESTARI KWSP

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

Konsep Pengeluaran I-LESTARI

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

1 . Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
2 . Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
3 . Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (2)

Situasi:

1 . Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
2 . Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
3 . Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.


Kelayakan Ahli Untuk Memohon Pengeluaran I-LESTARI

1 . Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
2 . Berumur di bawah 55 tahun.
3 . Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.

Tempoh Ahli Membuat Permohonan Pengeluaran I-LESTARI

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun Yang Layak Dikeluarkan Oleh Ahli Di Bawah Pengeluaran I-LESTARI

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.


Bilakah Bayaran Untuk Permohonan Yang Diluluskan Akan Dibuat Kepada Ahli ?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Cara Hantar Borang Mohon Pengeluaran I-LESTARI

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

1 . Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
2 . Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
3 . Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (2) dan (3) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (2) dan (3) sahaja.


Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000.Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/ dan laman rasmi KWSP DISINI.

Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini.
Sumber artikel : http://gengborak.com

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Cara memohon , pengeluaran dan semakan I - LESTARI KWSP"

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel