Amalkan 3 doa ini dalam solat ketika sujud terakhir , Insya - Allah besar manfaatnya


Sujud membawa maksud perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah S.W.T pada waktu dan masa-masa tertentu. Sujud merupakan salah satu rukun solat yang dilakukan dua kali disetiap raka'at dalam solat.

Waktu yang paling hampir dengan Allah S.W.T adalah ketika sujud di dalam solat dan doa ketika sujud pasti akan lebih khusyuk. Berdoa ketika sujud semasa solat adalah amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah di mana Rasulullah S.A.W pada kebiasaannya akan memanjangkan sujudnya untuk memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.

Berikut sepertimana di bawah antara doa - doa yang mempunya kelebihan sangat luar biasa jika diamalkan ketika sujud terakhir dalam solat .

1 - Mintalah diwafatkan dalam keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

“Allahumma inni as’aluka husnal khotimah”

ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2 - Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

“Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut”

ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3 - Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas agamaNya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

“Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika”

ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Walau bagaimanapun, terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa itu diterima Allah S.W.T dengan seadanya.

Jangan sesekali menyekutukan Allah ( menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti berbuat syrik atau sebagainya ) serta wajib bagi kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.Selamat Amal Beramal dan Salam Silaturrahim .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Amalkan 3 doa ini dalam solat ketika sujud terakhir , Insya - Allah besar manfaatnya"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel