Sihir Minyak Dagu
Rabu, 3 Mei 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Sihir seperti mana kita semua tahu serta faham suatu perbuatan yang membawa erti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda , pergerakan mungkin juga segala - galanya yang menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya atau juga tidak sedar akan perbuatanya . Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai At - Tiwalah , iaitu orang yang melakukan demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah S.W.T atau disebut berbuat dosa syrik .
Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang diperbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati dan ada juga diperbuat daripada manusia yang masih hidup , dari bahagian dagu manusialah minyak ini dihasilkan , oleh sebad itu ia dinamakan minyak dagu .
Pelbagai cara digunakan untuk menyediakan minyak ini , diantaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung . Minyak perempuan mati bersalin pula diambil pada malam hari yang sama simati dikebumikan . Setelah kubur digali lalu di angkat mayat tadi dan disandarkan di pangkal sebatang pokok atau sebagainya . Kedua-dua belah tangan mayat dipegang oleh dua orang . Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan dibawah mayat itu . Cara kerja ini dimulakan atau dilakukan selepas tengah malam .
Apabila selesai kerja - kerja tadi , minyak yang di ambil dari bahagian dagu dibawa balik ke rumah dan dimasukkan dalam botol kaca lalu diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan atau simati berkenaan dipanggil , suara tersebut adalah suara qarin . Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya . Selain dicampur dalam makanan atau minuman , dicalit atau disapu pada kulit , minyak ini juga boleh ditanam di tempat-tempat tertentu seperti di bawah tangga , di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa .
Orang yang menggunakan minyak ini akan mengambil minyak dengan kapas , lalu dicalit kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit , dimasukkan dalam makanan atau minuman .Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi , juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur .
Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa , atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan ini menyebabkan si mangsa rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan . Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja , lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri .
Mangsa sihir minyak dagu ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak - tanduk di luar kebiasaan . Jika suatu masa dahulu si mangsa membenci seseorang/penyihir kini boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan , hilang rasa harga diri , tidak peduli nasihat ibu bapa atau sebagainya . Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal atau terpukau .
Antara tanda - tanda mereka yang terkena sihir minyak dagu adalah seperti yang tertera dibawah :
- 1 - Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut .
- 2 - Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan .(tidak khusyuk)
- 3 - Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut .
- 4 - Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu .
- 5 - Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya .
- 6 - Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam berwarna biru seperti kena pukul di tempat-tempat tertentu pada badan .
- 7 - Orang yang dianiaya akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya .
- 8 - Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri .
- 9 - Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri .
- 10 - Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh .
- 11 - Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya .
- 12 - Kulit gatal/merah di tempat yang dicalit .
Kaedah rawatan untuk menlenyapkan sihir ini adalah seperti yang tertera dibawah .
- Surah Al fatihah .
- Selawat .
- Surah Al baqarah .
- Surah Al-Anbiya .
- Surah Al-Syura .
- Surah Al Ma’ idah .
- Al-isra ..
- Minum air zam zam kemudian di bacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari , Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan .
- Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih nusantara).
- Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat atau sebagainya) .
- Pesakit sentiasa mengamalkan surah an-nas 70 kali setiap hari bila-bila masa .
- Bekalkan zikir kepada pesakit untuk selepas solat (atau bila masuk waktu solat bagi perempuan yang datang bulan) sebanyak 100 kali . Zikirnya:
لَا إِلَه إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُل شَيْء قَدِيْر
Demikianlah coretan kami mengenai sihir minyak dagu , sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan sebarang kelemahan dalam coretan ini adalah kelemahan iman kami . Andai ada baris ayat atau fakta - fakta yang bercanggah dengan pendapat , pengetahuan atau pemahaman anda , jutaan kemaafan kami pohon.Wallahu a’lam .
Sumber - pusatrawatanhikmah2uslim.blogspot.my | Pusat Rawatan Islam Hikmah2U SLIM.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Sihir Minyak Dagu"
Catat Ulasan