Resepi Sambal Kelapa


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Sambal secara amnya diperbuat dari bahan - bahan yang ditumbuk atau boleh juga di blender kering ia mengikut jenis atau cara penyediaan sambal tersebut .Bahan - bahan untuk penyediaan sambal bergantung kepada jenis - jenis sambal yang dibuat atau mengikut olahan resepi sambal sendiri ,mungkin juga citarasa sendiri .

Pada kebiasaanya ramuan atau bahan - bahan yang diperlukan adalah cili ,isi ikan ,udang ,garam atau juga diolah menggunakan bahan - bahan mengikut selera citarasa masing - masing .Resepi sambal kelapa yang kami kongsikan disini sesuai untuk dihidang/cicah bersama nasi himpit ,nasi kerabu atau mengikut selera masing - masing .

Bahan utama dalam penyediaan resepi sambal ini adalah isi ikan selayang ,kerana rasa isi ikan tersebut lebih manis berbanding jenis ikan - ikan lain .Cara - cara penyediaan sambal ini mudah ,jimat masa serta bahan - bahannya murah dan mudah diperolehi .

Selain dimakan bersama nasi himpit ,nasi kerabu ,ketupat palas, lemang atau sebagainya sambal kelapa ini juga boleh dijadikan sebagai inti pulut bakar/panggang atau ketupat palas mungkin juga ia boleh diolah sebagai inti makanan lain .Cara - cara serta bahan - bahan yang ianya mengikut cara kami rasa kami adalah seperti yang tertera di bawah .

Bahan - bahan seperti berikut .

  • 1 - 1 biji kelapa parut putih .
  • 2 - 5 - 7 ekor ikan selayang - Mengikut selera masing-masing -
  • 3 - 4 ulas bawang merah .
  • 4 - 3 ulas bawang putih putih .
  • 5 - 1/2 inci halia .
  • 6 - 1 -2 batang serai .
  • 7 - Garam dan gula secukup rasa .

    Cara - cara penyediaan sambal kelapa .

    • 1 - Cuci bersih ikan dan rebus .Kemudian asingkan isi ikan dan tulang .
    • 2 - Goreng kelapa parut hingga keperang - perangan .Kemudian tumbuk manja - manja kelapa yang sudah siap di goreng .
    • 3 - Tumbuk bawang merah ,bawang putih ,halia ,dan serai hingga lumat .Kemudian ketepikan .
    • 4 - Kemudian tumbuk isi ikan tadi hingga hancur .
    • 5 - Campurkan kesemua bahan yang telah siap ditumbuk tadi dan digaul rata - rata .
    • 6 - Masukkan garam dan gula secukup rasa dan digaul lagi hingga sebati .
    • 7 - Apabila sudah siap digaul boleh dihidang bersama nasi himpit, lemang ,ketupat palas atau sebagai inti pulut bakar/panggang.

    Goreng kelapa parut putih hingga keperang-perangan. 

    Masukkan kelapa kedalam lesung kemudian ditumbuk manja. 

    Campurkan ke semua bahan-bahan dan ditumbuk hingga sebati. 

    Inilah hasil tumbukan manja dari kesemua bahan-bahan tersebut.

    Selesai cara serta bahan - bahan resepi sambal kelapa untuk di kongsi kepada semua , kami mengesyorkan resepi sambal kelapa sangat sesuai untuk dijadikan inti pulut bakar/panggang kerana rasa isi ikan yang manis dan lemak .

    Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan sudilah hubungi kami menerusi halaman Contact Me atau About Me .Selamat mencuba .

    Artikel terkini terus ke inbox email anda :

    PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

    0 Response to "Resepi Sambal Kelapa"

    Catat Ulasan

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel