Santau Serta Kesannya Pada Mereka Yang Terkena Atau Termakan


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Sihir santau adalah sejenis ilmu sihir dari tiga gabungan iaitu ramuan ,sihir dan makhluk halus .Kemudian ianya dijampi dengan mentera - mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan ALLAH S.W.T .Secara umumnya ia merujuk kepada sejenis ilmu sihir/hitam yang digunakan mereka - mereka yang tertentu untuk meracun si mangsanya .

Ilmu sihir santau ini dilakukan melalui dua cara iaitu cara zahir atau santau angin .Santau secara zahir biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh ,kaca ,bisa haiwan ,bisa besi dan sebagainya .Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut .Si mangsa yang termakan racun santau tersebut akan muntah darah ,pitam ,pengsan mungkin juga meninggal dunia jika tidak diubati seberapa segera .

Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakan pada baju atau kasut mangsa .Bagi santau jenis ini ,serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru .Perbuatan ini akan memlukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah dengan itu racun tersebut meracun si mangsa .Manakala sihir santau angin sesuatu bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah si mangsa .

Bahan yang digunakan adalah seperti miang buluh atau juga serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman .Manakala sihir santau angin sesuatu bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah si mangsi .Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan.

Kesan - kesan jika terkena atau termakan racun sihir santau .

  • - Rasa sakit seakan ada sesuatu di dalam perut atau bahagian sendi - sendi contoh tangan ,siku atau sebagainya . 
  • - Rasa tidak selesa dan sering sakit kepala serta loya . 
  • - Hilangnya selera makan menyebabkan badan kurus , pucat , letih dan kurang aktif . 
  • - Kurang daya ingatan serta hilang fokus setiap apa yang di lakukan . 
  • - Berubat tabiat asal menjadi pemarah , panas baran serta menjauhkan diri . 
  • - Sakit di bahagian tengkuk serta pinggang . 
  • - Sering sakit - sakit badan lebih - lebih lagi di bahagian tertentu yang di sasarkan . 
  • - Tumbuh kudis di beberapa bahagian anggota badan contohnya betis peha atau bahagian kemaluan ,lelaki dan perempuan sama sahaja . 
  • - Bintik - bintik hitam atau merah muncul di muka seakan jerawat dan akhirnya bernanah . 
  • - Raut wajah seakan kehitaman dan suram . 
  • - Tiada seri wajah ,lelaki dan perempuan sama sahaja . 
  • - Rasa gatal - gatal di bahagian anggota badan tertentu contohnya muka ,betis punggung serta kemaluan lelaki atau perempuan sama sahaja . 
  • - Nasfu batin/sex kadang - kadang memuncak ,kadang - kadang lesu . 
  • - Muntah/batuk darah ,kesan dari racun santau di dalam badan/usus . 
  • - Warna kuku seakan kehitaman serta kelopak bawah mata seakan hitam .

Bahan - bahan utama yang diperlukan dalam proses membuat racun santau adalah seperti berikut .

  • - Bisa binatang atau haiwan ,contoh lipan ,ular atau katak puru yang dijemur panas matahari kemudian dibakar dan dijadikan serbuk . 
  • - Bahan miang ,seperti miang buluh ,rebung ,ulat bulu mati beragam atau sebagainya . 
  • - Bahan tajam/pedih ,seperti habuk kaca ,mentol lampu ,cebisan kuku ,rambut atau sebagainya . 
  • - Bahan logam contohnya besi bath iaitu besi yang dipuja didalam kuil diambil atau dijadikan serbuk besi bath .

Kaedah - kaedah rawatan yang digunakan untuk merawat mereka yang terkena atau termakan racun santau .

  • Ubat Dalaman . 
  • Untuk diminum : 
  • Bahan - bahannya : 
  • Gula batu sebesar ibu jari tangan . 
  • Daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis: 
  • Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit. 
  • Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera 
  • Makan , merawat masalah lemah tenaga batin , darah tinggi , meningkatkan kekuatan jasmani . Daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.), 
  • Batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). 

  • Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas.
  • Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh.
  • Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin.
  • Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis. 

  • Untuk dimakan .
  • Bahan - bahannya :
  • Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang) .
  • Beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk .
  • Halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu .
  • Gula pasir 2 sudu .

Cara - caranya :

  • Kesemua bahan diatas di campur dan kacau sebati ,kemudian dimakan sesudu sejam sekali hingga habis .
  • Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan . la boleh disimpan di dalam peti sejuk .buat sehingga 7 kali .
  • Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut.
  • Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.

Untuk Penahan Sakit .

  • Bahan - bahannya : 
  • Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus. 
  • Air . 
  • Sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi biji pinang 
  • Sekapur , akar pinang , dan akar pisang kelat secekak .
  • Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. 

Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :

Surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur).
Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja. 
Surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.Surah hud ayat 44. 

Sakit Dada.

  • Bahan: 
  • Jintan putih 1/2camca , 
  • Jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji. 
  • Cara - caranya : semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang .

Demikianlah coretan kami mengenai ,santau serta kesannya pada mereka yang terkena atau termakan ,coretan ini kami kongsikan berdasarkan apa yang kami lalui ,rasai serta mengalami hampir ke semua apa yang kami kongsikan di atas tadi dan juga di edit/tambah dari sumber yang kami yakini sebagai sokongan setiap apa yang kami rasai .Moga - moga apa yang kami kongsikan ianya bermanfaat buat kita semua .
Sumber - darussyifabbst.blogspot.my | Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi.

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Santau Serta Kesannya Pada Mereka Yang Terkena Atau Termakan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel