Jus Jagung Susu Soda


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Pelbagai resepi serta menu makanan boleh di olah atau di buat dengan menggunakan bahan utama jagung ,salah satu contohnya seperti mana yang telah kami kongsikan iaitu resepi jagung rebus susu pandan .

Pada kebiasaanya jus jagung di olah dengan menggunakan isi jagung yang sudah ditinkan dan sudah semestinya ia di campur dengan bahan - bahan pengawet supaya makanan tersebut tahan lebih lama ,bagi kami proses tersebut akan menyebadkan rasa jus jagung tidak sesegar jus jagung yang di buat sendiri serta berkemungkinan hilang nikmat rasa jagung .

Kami lebih menyukai jus jagung yang di buat dari isi jagung yang segar kerana bau aroma jagung itu masih terserlah dan nilai nutrisi/zat masih kekal pada tahap yang tertentu.Untuk pengetahuan kita semua banyak khasiat serta manfaat dengan mengamalkan jus jagung sebagai contohnya seperti yang tertera di bawah .

  • Jus jagung sangat mujarab untuk mengurangkan Diabetes dan Hypertensi , kerana adanya kandungan phytochemical fenolik . 
  • Jus jagung juga sangat berguna kepada Ibu Hamil dan Bayi kerana kandungan asid folik yang mampu mengelakkan kekurangan berat badan dan kurang upaya fizikal pada bayi yang baru lahir, oleh sebab itu jagung sangat baik dimakan oleh ibu yang sedang hamil. 
  • Ianya juga baik untuk melancarkan pencernaan dalam usus kita, kerana jagung mempunyai serat yang sangat tinggi, sehingga pelbagai masalah yang dialami pencernaan kita seperti kanser usus besar, buasir, dan sembelit, mampu diatasi dengan meminum jus jagung . 
  • Menyihatkan kulit agar tetap lembap dan awet muda, akibat kandungan antioksida yang dimiliki jagung . 
  • Menguatkan tulang dan menjaga kesihatan ginjal , melalui pengambilan fosforus yang terdapat dalam jagung . 
  • Jus jagung juga diambil sebagai sumber mineral untuk tubuh badan kita ,kerana jagung mempunyai beraneka macam mineral seperti besi, magnesium, fosforus, dan tembaga. 

Demikianlah serba ringkas manfaat serta khasiat dengan mengamalkan jus jagung yang ianya dalam pengetahuan kami ,jus jagung susu soda yang kami kongsikan kali ini disediakan dengan memasak isi jagung segar yang sudah di blender bersama susu segar selama 20 minit .

Proses memasak di buat untuk menyedapkan lagi jus jagung ini .Apa pun cara serta kaedah dalam menyediakan jus jagung ianya terpulang pada citarasa sendiri ,untuk itu kami kongsikan jus jagung susu soda yang ianya mengikut cara serta selera kami .


Isi/biji jagung yang sudah siap di pipil . 

Isi/biji jagung segar dan susu segar dimasukkan ke dalam blender . 

Isi/biji jagung segar di blender bersama susu segar . 

Di masak selama 15 - 20 minit . 

Jus jagung yang sudah siap di masak dan di tapis .

Bahan - bahan seperti yang tertera di bawah .

1 - 3 tongkol jagung segar .
2 - 300 ml susu segar .
3 - 300 ml susu pekat manis .
4 - Air soda .
5 - Essen vanila .
6 - Ais batu .

    Cara - cara penyediaan seperti berikut .

    1 - Pipil isi jagung hingga habis , kemudian blender bersama susu segar hingga halus .
    2 - Masukkan jus jagung yang sudah siap di blender ke dalam periuk dan masak sekejap dengan api sederhana besar .
    3 - Masak sekejap sahaja iaitu lebih kurang 20 minit hingga naik wap dan hendaklah sentiasa di kacau selalu .
    4 - Selepas 20 minit , tapis jus jagung dan sejukkan .
    5 - Ambil gelas dan masukkan susu pekat manis 1 - 2 sudu besar , jus jagung , ais batu dan air soda .
    6 - Kacau manja - manja sehingga sebati dan bolehlah di minum .

        Selesailah cara - cara serta bahan - bahan untuk membuat jus jagung susu soda ,dengan menggunakan 3 tongkol jagung ia dapat menghasilkan 1 jug jus jagung dan boleh di minum untuk seisi keluarga .

        Bagi kami ,inilah cara kami citarasa kami dalam nikmati jus jagung susu soda .Jika ada yang ingin mencuba ! dipersilakan .Selamat mencuba .

        Artikel terkini terus ke inbox email anda :

        PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

        0 Response to "Jus Jagung Susu Soda"

        Catat Ulasan

        Iklan Atas Artikel

        Iklan Tengah Artikel 1

        Iklan Tengah Artikel 2

        Iklan Bawah Artikel