Resepi Biji Nangka Rebus
Isnin, 20 Februari 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Perkongsian untuk kali ini adalah resepi yang begitu ringkas ,mudah serta jimat bajet iaitu resepi biji nangka rebus .Bak kata orang ' kacang je resepi ni '. Ketika musim buah - buahan banyak kita lihat biji nangka dibuang bijinya begitu sahaja tanpa di manfaat dengan sebaiknya .
Padahal ianya mempunyai khasiat - khasiat yang begitu baik untuk kesihatan tubuh badan kita serta banyak manfaat untuk diamalkan .
Padahal ianya mempunyai khasiat - khasiat yang begitu baik untuk kesihatan tubuh badan kita serta banyak manfaat untuk diamalkan .
Di sini saya nyatakan serba sedikit tentang biji nangka ianya mempunyai kandungan serat,karbohidrat ,protein,vitamin A,B dan C serta mempunyai kalsium yang tinggi.Antara khasiat yang terdapat dalam biji nangka untuk kesihatan tubuh adalah seperti berikut:
1 - Mencegah anemia.
2 - Kesihatan rambut.
3 - Mencegah konstipasi.
4 - Mengatasi penyakit kulit dan stres.
5 - Melawan penuaan.
Serba sedikit khasiat - khasiat yang terdapat dalam biji nangka.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua,berikutnya kami kongsikan cara-cara memasak seperti mana yang tertera di bawah .
Biji nangka yang sudah di cuci bersih sedia untuk di rebus .
Bahan-bahan seperti berikut:
1 - Biji nangka.
2 - Air untuk merebus.
3 - 1/2 sudu garam(Ikut selera).
Cara-cara memasak adalah seperti di bawah:
1 - Basuh biji nangka hingga bersih.
2 - Rebus air hingga mendidih.
3 - Masukkan biji nangka serta 1/2 sudu garam atau ikut selera.
4 - Rebus biji nangka hingga empuk(anggaran masa selama 1 jam)
5 - Bila sudah masak atau empuk bolehlah dihidang terus.
Biarpun resepi biji nangka rebus satu resepi yang mudah namun ianya mempunyai khasiat serta manfaat jika dinikmati selalu , moga - moga resepi biji nangka rebus sesuai untuk dicuba .Selamat mencuba .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Resepi Biji Nangka Rebus"
Catat Ulasan