Bicara tentang Ajal Maut
Rabu, 15 Februari 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Menafi kepastian mati itu pasti ,itu menandakan kurangnya kesedaran agama serta amal ibadat. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)
Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti akan mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi,
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(Al-Anbiyaa' 21:35)
Ingatlah, kecantikkan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri.
Oleh sebab itulah, Rasulullah (Sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati” (Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang kepada kita:
"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"(Qaaf 50:19)
Ungkapan ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum kita sempat untuk menghabiskan bacaan ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang.
Bertentangan dengan pendapat umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi tepat pada saat ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan kita secara tiba-tiba.
Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut. Oleh itu, jangan sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.
Namun, idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya:
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan". (Al-Munaafiquun 63:11)
Ingat maut itu pasti datang hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya,maka perbanyakkan amalan - amalan untuk di bawa ke sana ,semoga coretan ini memberi manfaat buat semua insan .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Bicara tentang Ajal Maut"
Catat Ulasan