Cara - cara mengerjakan solat sunat taubat


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Solat taubat kita kena buat selalu,sampai hati kita rasa lapang,rasa bersih.Untuk itu kita rasa rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat,hati rasa macam seronok nak dengar serta tak nak lagi buat dosa-dosa.

Solat sunat taubat eloknya dikerjakan pada waktu malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum subuh. Waktu sunyi malam,bersihkan diri kemudian ambil wudhu dan pakai wangi-wangi (bagi lelaki).


Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu cukuplah Isitghfar pendek saja.Baca seberapa banyak sampai hati kita betul - rasa tenang.


Selepas itu baru niat solat sunat taubat.

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tiadak hafal surah ini, boleh baca Surah al-Ikhlas)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x atau juga 40x ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah biar lama-lama,selepas itu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Selepas bagi salam, Istighfar lagi,boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.

"AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."

Baca seberapa banyak yang kita inginkan,baca sampai hati tu rasa lemah.

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru doa,bila berdoa, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita,semoga Allah ampunkan dan terima taubat kita..

Luahkan apa yang terbuku di dalam hati kita,menangislah,merayulah.Mohon Allah ampunkan dosa kita.Istigfar dan baca doa.di dalam bahasa melayu pun tak kisah.Selesai berdoa,tutup doa kita itu dengan;

"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"

Selepas itu duduk diam di atas sejadah, ambillah masa 10 minit atau 20 minit untuk muhasabah diri kita.Cuba kita renung apa yang boleh kita perbaiki lagi selepas ini.Taqabbalallahu minnaa wa minkum.

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Cara - cara mengerjakan solat sunat taubat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel