Lirik lagu - Dikir Untuk Ibu



Setitik air susu yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu nak tengok ku hidup
Air susu ibu nilai tak da harga
Walau pitih beribu dengan duit juta

Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
Dahi kedut seribu uban putih penuh pala
Tapi aku tahu ibu banyak jasa
Air tangan ibu seribu bau seribu rasa

Oh ibu oh ibu terima kasih ibu
Sejak kecik hingga aku dewasa
Nyamuk sekor tak bui ketik mu dok jaga
Makan minum kain baju tak bui kurang

Didik aku dengan penuh kasih sayang
Bila besar baru aku kenal diri
Tak ternilai jasa ibu tabur budi
Tangan paha kaki sanggup jadi jamban
Rela susah diri pegho(pelihara) aku sorang

Ibu yang dah tua dok perhati anak-anak
Hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok
Anak yang berjaya ditaruh harapan
Bekal hari tua tempat dia nak menumpang
Oh ibu oh ibu jasamu ku kenang


Selama ini ibu duduk jadi hamba
Hari ini ku nak balas segala jasa
Sakit demam makan minumku jaga
Nak bui senang hidupmu di masa tua

Jasa baik budi ibu ku tak lupa
Walau setitik air susumu ku rasa
Nak buleh ku sorang mu ngandung sembilan bulan
Letih penat badan mu tak ghoyak (beritahu) ke orang

Ku cium tangan ibu mintak halal minta ampun
Segala salah aku banyak sangat kalau hitung
Hari ini aku tahu nilai kasih ibu kandung
Budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung

Pada anak-anak hok (yang) masih ada ibu
Tolonglah pakat tengok walau sekali sehari seminggu
Harta dia tak nak harap kasih anak cucu
Tengok mata anak terubatlah segala rindu

Oh ibu oh ibu ku sayang padamu
Oh ibu halallah makan dan minumku
Oh ibu oh ibu ampunkan dosaku
Oh ibu oh ibu terima kasih ibu . . . . . . . .

DISCLAIMER : Pelbagai bentuk imej ,gambar ,artikel ,video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber / material tersebut . Sumber Youtube : RUSDY MAT .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Lirik lagu - Dikir Untuk Ibu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel