Khasiat Serta Manfaat Air Kelapa,Terutama Air Kelapa Muda Banyak Khasiat Jika Diamalkan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Air kelapa adalah cecair yang terdapat dalam buah kelapa sama ada kelapa tua atau kelapa muda ( hijau atau kekuningan ).Air kelapa ternyata lebih bernutrisi berbanding susu penuh krim (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak.

Air kelapa dapat memperbaiki sistem aliran darah dan mampu membersihkan saluran pencernaan.Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

Jika mengidap penyakit batu ginjal, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan membantu memecah batu ginjal dan memudahkan keluar dari tubuh.Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

Jika kita masih merasa pening karena mabuk, dengan cepat meminum air kelapa.Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium pula dapat membantu tubuh melancarkan tekanan darah dan fungsi organ jantung.

Berikut seperti mana yang tertera di bawah beberapa kegunaan air kelapa ddalam perubatan penyakit Rohani .

1 - Santau.
Diberi minum air kelapa muda sebiji dengan dicampur dengan madu. Diruqyah air kelapa kemudian tepuk pesakit dengan ayat tepuk sebagaimana dalam buku Ruqyah Asas 17 Mustaqim.

2 - Ilmu Pengasih/Nasi Kangkang.
Air kelapa ialah penawar ilmu pengasih yang mujarab. Diberi minum air kelapa muda sebiji sebanyak 3 kali sehari, jika ada simptom seperti panas badan, elok juga mandi dengan air kelapa tua. Baca selawat syifa, al-fatihah dan 3 qul sebelum minum.

3 - Saka.
Saka yang menyebabkan pemiliknya sakit terlantar, ubatnya air kelapa. Dimandi dengan air kelapa tua. Diruqyah dengan al-fatihah dan selawat tafrijiah dan di minum air kelapa muda yang dipanggang.

4 - Sihir gatal.
Air kelapa dicampur dengan seinci kunyit, sireh (ditumbuk) dan secalit kapur makan. Disapu ke badan yang gatal. Cara untuk minum pula, rebus secekak sireh dan sejukkan. Apabila sejuk tambahkan dengan air kelapa muda, minum 3x sehari selama seminggu atau hingga sembuh. Bacaan ruqyah untuk ditiup pada air kelapa tadi ialah selawat syifa 3x, al-fatihah 7x dan An-Nas 7x

Berikut sepertimana yang tertera di bawah bacaan atau doa yang perlu dibaca atau diamalkan.

1 - Pastikan air kelapa dari buah kelapa muda - hijau atau kekuningan.
2 - Tidak dicampurkan dengan apa bahan ,hanya air kelapa muda semata - mata - asli.
3 - Baca Al-Fatihah 1x.
4 - Baca Surah Taha Ayat 69 1x.
 وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan : "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
5 - Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah.

Berikut beberapa  manfaat atau kegunaan kelapa muda .

1 - Batuk kering, kencing manis, kecacingan dan gastrik.
Air kelapa yang ditambah madu, Diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. dan diminum ketika hendak tidur,

2 - Bagi pesakit kolera.
Campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. 

3 - Stress/migrain.
Mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

4 - Bibir pecah akibat kepanasan.
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

5 - Kurangkan penyakit darah tinggi.
Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

6 - Melegakan sakit akibat terkepit.
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

7 - Jika terminum racun atau dipatuk ular.
Minum air kelapa sebanyak yang boleh diselang seli dengan air zam-zam.

8 - Senggugut.
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

9 - Hindari bayi dari penyakit kuning.
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

10 - Batu karang.
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

11 - Demam campak.
Segera beri minum air kelapa yang muda.

12 - Tanda-tanda keracunan.
Muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji. 

13 - Keracunan cendawan.
Air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk menggubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

14 - Ibu mengandung.
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Apa yang kami kongsikan di sini ianya hanya sebahagian kecil sahaja khasiat serta manfaat air kelapa ,terutama air kelapa muda banyak khasiat jika diamalkan.Selebihnya, terserahlah kepada kehendak dan keazaman yang jitu oleh diri setiap individu itu sendiri untuk berusaha meninggalkan maksiat dan dosa.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua, mengampunkan dosa-dosa kita, seterusnya menjadikan setiap kita sebagai hamba yang tulus lagi tsabat dalam beribadah kepada-Nya.

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Khasiat Serta Manfaat Air Kelapa,Terutama Air Kelapa Muda Banyak Khasiat Jika Diamalkan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel