Fahami Apa Itu Akta Komunikasi Dan Multimedia - 1998 - Akta 588 Dan Cara - Cara Membuat Aduan Online


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Tahukah anda ! jaringan internet semenjak diperkenalkan beberapa tahun dahulu sekitar tahun 1990 atau 1992 {lupa la pulok pada tahun berapa diwujudkan} sememangnya memberi pelbagai manfaat ,kesan serta risiko .Sehubungan dengan itu terciptanya satu undang - undang atau akta untuk membendung pelbagai masalah yang timbul dari kemudahan tersebut .

Selari dengan populariti internet di negara ini sebagai alat atau medium komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam kehidupan kita .Dengan itu terdapat bermacam - macam gaya atau cara untuk menyampaikan apa yang dikehendaki atau juga keinginan sama ada melalui luahan pendapat (komen) atau memuat naik sesuatu yang terlarang sama ada berkaitan dengan undang - undang sesebuah negara atau melanggar hukum agama ,justeru itu terbentuklah rang undang - undang untuk mengekang atau mengawal atau juga memantau perkara tersebut .

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Akta 588 merupakan satu akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti - aktiviti dan perkhidmatan - perkhidmatan yang dikawal di bawah akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut .

Akta ini juga merupakan undang - undang siber yang terpanjang antara keenam - enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada akta ini terdapat lagi lima akta lain berkaitan ,diantaranya seperti yang tertera di bawah :

- Akta Jenayah Komputer 1997 .
- Akta Tandatangan Digital 1997 .
- Akta Teleperubatan 1997 .
- Akta Hak cipta Pindaan 1997 .
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan - aduan berkaitan dengan kandungan jelik ,fitnah hasutan atau sebagainya di internet ,secara utamanya terbahagi kepada dua seksyen iaitu :

Seksyen 211 .
- Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik .
1 - Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang.
2 - Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan .

Seksyen 233 .
- Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian ,dan lain - lain seperti media sosial facebook ,whatsapp atau sebagainya . 

Jika seseorang / individu itu .

1 - Dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar .
2 - Membuat, mewujudkan atau meminta - minta .
3 - Memulakan penghantaran :
- Apa - apa komen .
- Permintaan .
- Cadangan atau komunikasi lain yang lucah .
- Sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain .
4 - Memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik .

Adalah melakukan suatu kesalahan .

Seseorang yang secara sedar .
1 - Dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa - apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang .
2 - Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi rangkaian di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar .

Untuk Peringatan :
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Sehubungan dengan perkara di atas untuk memudahkan pengguna internet membuat aduan satu portal rasmi atau sistem aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di dalam talian telah diwujudkan .Berikut kami kongsikan cara - cara atau langkah - langkah yang perlu diikuti untuk membuat aduan di atas talian ( online ) seperti mana yang tertera di bawah .

1 - Sila layari portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia .

2 - Klik aduan baru .


3 - Kemudian isi atau klik lampiran yang seterusnya - Buat aduan baru - Klik Complaint atau Feedback .


4 - Selepas selesai langkah di atas ,secara auto akan dipaparkan lampiran maklumat pengadu .

5 - Seterusnya lengkapkan / isi lampiran maklumat aduan ,lokasi masalah dan model telefon .

6 - Akhir sekali masukkan input symbols dan tandakan tick di dalam kotak pengesahan kemudian tekan kotak HANTAR/SUBMIT ,selesai .


Untuk Perhatian :
Kotak atau ruang yang bertanda * diwajibkan diisi .

Demikianlah huraian serba ringkas mengenai apa itu Akta 588 ( MCMC ) serta cara - cara membuat aduan secara online .Moga - moga apa yang kami kongsikan di sini serba sedikit menjadi panduan buat kita semua .Jika terkurang atau sebagainya jutaan kemaafan kami pohon.
Artikel Disediakan Oleh : Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia | SKMM.

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Fahami Apa Itu Akta Komunikasi Dan Multimedia - 1998 - Akta 588 Dan Cara - Cara Membuat Aduan Online"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel