Doa Rawatan Untuk Batuk
Ahad, 14 Januari 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Batuk merupakan salah satu penyakit yang dihadapi oleh semua golongan peringkat usia ,sama ada bayi ,kanak - kanak ,remaja atau dewasa tidak terkecuali melalui pengalaman sebegitu .
Ada ketikanya batuk hanya dilalui atau dirasai dalam masa beberapa hari sahaja .Tetapi ada juga batuk yang dihidapi atau dilalui dalam jangka masa yang lama ,mungkin berbulan - bulan atau mungkin juga bertahun lamanya .
Pelbagai ubat - ubatan atau petua serta tips atau juga kaedah rawatan diamalkan tetapi batuk tidak juga beransur sembuh atau pulih sepenuhnya ,di dalam perubatan islam ada kaedah ikhtiar untuk diamalkan .Salah satu cara yang sering kami amalkan adalah menggunakan kuntuman bunga cengkih
Kaedah ikhtiar untuk rawatan batuk seperti yang tertera di bawah :
1 - Sediakan 2 kuntum bunga cengkih .
2 - Lalu letakkan 2 kuntum bunga cengkih tadi di bawah lidah .
3 - Kemudian hisap dan telan airnya .
4 - Lakukannya atau diamalkan setiap kali selepas solat fardu .
2 - Lalu letakkan 2 kuntum bunga cengkih tadi di bawah lidah .
3 - Kemudian hisap dan telan airnya .
4 - Lakukannya atau diamalkan setiap kali selepas solat fardu .
Semasa melakukan kaedah ikhtiar rawatan di atas disyorkan membaca bacaan ayat - ayat berikut :
1 . Surah Al - Fatihah - Satu kali - 1x .
2 . Ayat Kursi - Tiga kali - 3x .
3 . Selawat - Tiga kali - 3x .
Pesanan kami buat semua serta kami sendiri ,apa pun penyakit yang dihidapi janganlah kita mengeluh kerana di setiap kesakitan atau penyakit yang dihadapi adalah penghapus dosa .Akhir kata dari kami buat semua Selamat Mencuba .Insya Allah .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Doa Rawatan Untuk Batuk"
Catat Ulasan