Doa Merawat Tekanan Darah Tinggi
Jumaat, 19 Januari 2018
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Kami merasa sungguh teruja untuk berkongsi satu amalan doa harian yang sering diamalkan bagi merawat tekanan darah tinggi kerana kami tergolong dalam kalangan statistik pengidap penyakit darah tinggi .
Secara umumnya suka kami jelaskan disini ,penyakit ini telah kami hidapi seawal usia 20an sehingga kini melewati usia 40an .
Menurut pandangan pengamal perubatan moden tekanan darah tinggi yang kami hidapi mungkin di warisi dari salasiah keluarga iaitu melalui bapa atau ibu atau faktor persekitaran atau juga dari aspek permakanan dan minuman yang tidak dijaga / kawal dengan betul .
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung .Darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik atau sebaliknya .
Mereka yang mempunyai sekurang - kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka pengidap penyakit darah tinggi .
Mereka yang mempunyai sekurang - kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka pengidap penyakit darah tinggi .
Alangkah nikmatnya jika setiap penyakit - penyakit yang kita hidapi dirawat dengan ayat - ayat , mukjizat yang berdasarkan firman - firman Allah S.W.T di samping perubatan moden masa kini .
Berikut kami kongsikan doa merawat tekanan darah tinggi yang kami amalkan pada setiap masa terutama sekali selepas menunaikan solat lima waktu ( fardu ).
1 - Baca surah Al - Fatihah - 1 kali .
2 -Baca surah Al - Hasyr - 1 kali - ayat 21 - 24 .
3 - Selawat syifa - 1 kali .
4 - Doa merawat tekanan darah tinggi .
1 - Surah Al - Fatihah.
Terjemahan surah di atas :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
2 - Surah Al - Hasyr - ayat 21 - 24 .
Terjemahan surah di atas :
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)
3 - Selawat syifa .
4 - Doa merawat tekanan darah tinggi .
Insya Allah berkat usaha ,ikhtiar serta doa yang berterusan moga - moga penyakit tekanan darah tinggi yang dihidapi beransur pulih sepenuh di samping penjagaan makanan dan minuman yang teratur .
Sukacita kami nyatakan disini ,kesan amalan dengan mengamalkan doa ini di atas tanggungjawab masing - masing .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Doa Merawat Tekanan Darah Tinggi"
Catat Ulasan