Sihir Pemisah ,Mungkin Anda Mangsanya Seterusnya
Khamis, 7 September 2017
Add Comment
Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Tetapi sihir ini lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.
Berikut kami kongsikan beberapa tanda - tanda yang mungkin dialami jika terkena Sihir Pemisah - Sihir Tafriq .
- 1 - Membalikkan keadaan secara tiba-tiba iaitu dari sayang dan cinta kepada benci.
- 2 - Timbul rasa benci yang teramat sangat tanpa sebab yang jelas sama ada dari pihak suami atau isteri, ataupun kedua-duanya sekali.
- 3 - Banyak berlaku selisih faham yang membawa kepada pertengkaran di mana kadang-kadang tak tahu apa sebabnya atau disebabkan perkara yang remeh temeh. Dan kadang-kadang anak-anak menjadi penyebab berlakunya ketegangan rumahtangga.
- 4 - Timbulnya rasa was-was syaitan di dalam hati isteri terhadap suaminya. Contohnya timbul rasa takut dalam hati isteri kalau-kalau suami ingin menyakiti dan mencederakannya.
- 5 - Membalikkan atau menampakkan wajah suami atau isteri kepada sebaliknya. Contohnya suami melihat wajah isterinya sangat buruk padahal sebelum ini wajah isterinya dipandang cantik. Begitu juga si isteri melihat wajah suaminya seakan-akan bengis dan menakutkan.
- 6 - Kebencian kedua belah pihak yang disihir ke atas tempat yang didiami. Contohnya apabila si suami berada di rumah isteri akan merasa tertekan dan kepanasan. Tetapi apabila suami tiada bersama di rumah, hati isteri tadi menjadi tenang.
- 7 - Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
- 8 - Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
- 9 - Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
- 10 - Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
- 11 - Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada terdapat banyak daripada tanda - tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami atau isteri mungkin terkena gangguan jin ataupun sihir pemisah ,oleh itu kami syorkan segeralah berjumpa pakar perubatan Islam yang boleh dipercayai .
Sumber - www.kasturibidara.com | Kasturi Bidara | Pendinding Sihir ,Gangguan & Penyakit Mistik.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Sihir Pemisah ,Mungkin Anda Mangsanya Seterusnya"
Catat Ulasan