Kenali Jenis - Jenis Tepung


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Kami sebenarnya sudah sekian lama berhajat untuk menggongsikan satu artikel tentang pelbagai jenis tepung yang digunakan dalam proses penyediaan makanan juga minuman tetapi ianya tidak kesampaian.

Mungkin disebadkan kami tiada menemui pautan atau sumber rujukan yang memuaskan bagi untuk menyokong setiap apa yang kami kongsikan.

Namun demikian kami terbaca satu artikel yang dikongsikan oleh laman blog sepertimana pautan yang tertera di akhir artikel ini .

Artikel yang dikongsikan melalui laman blog tersebut menambahkan lagi keyakinan kami mengenai jenis - jenis tepung serta kegunaanya dan ianya juga sebagai sumber rujukan kami di dalam proses penyediaan tepung dalam apa juga resepi - resepi makanan dan minuman .

Untuk itu kami dengan ini berbesar hati mengongsikan - kenali jenis - jenis tepung seperti mana yang tertera di bawah sebagai panduan buat kita semua :

1 - Tepung Gandum.
Tepung yang paling mudah didapati di pasaran serta sering kali ditemui di dalam pelbagai resepi makanan mahupun minuman ,fungsinya adalah sama seperti tepung serbaguna jenamanya seperti tepung cap sauh.

2 - Tepung Serbaguna - All Purpose Flour.
Tepung serbaguna adalah tepung yang paling biasa kita jumpa di dalam resepi masakan. Secara lazimnya, kita boleh menggunakan tepung gandum biasa sebagai ganti kerana mudah didapati di pasaran .Tepung jenis ini adalah tepung gandum yang telah disukat dengan bahan yang lain seperti serbuk penaik dan soda pada sukatan tertentu.

3 - Tepung Berprotein Tinggi - High Protein.
Tepung ini juga biasanya dikenali sebagai tepung roti kerana digunakan untuk membuat roti. Tepung berprotein tinggi mempunyai daya menganjal yang agak tinggi, oleh itu ia menjadi lebih sempurna apabila diadun dengan yis dalam pembuatan roti.Selain vitamin dan mineral yang tinggi dalam kandungan tepung.

4 - Tepung Berprotein Rendah - Tepung Kek Superfine.
Juga dikenali dengan tepung superfine , ianya ringan dan tidak memberi kekenyalan pada hasil baking.sesuai untuk kek chiffon , kulit tart dan pie . Tepung ini boleh juga digunakan dalam pembuatan pau dan untuk membuat kuih bahulu bagi mendapatkan hasil bahulu yang lembut dan gebu .

5 - Tepung Naik Sendiri.
Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik (baking powder) di dalamnya. Anda boleh menggantikan tepung ini dengan tepung gandum atau tepung serbaguna. Ayakkan 250gm tepung bersama 1 sudu makan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Hasilnya, sama seperti tepung naik sendiri.

6 - Tepung Pulut.
Tepung pulut diperbuat daripada beras pulut hitam atau putih dengan cara menggiling, ditumbuk atau dikisar halus. Tepung pulut putih teksturnya seakan-akan tepung beras, tetapi apabila disentuh, ia terasa lebih berat dan melekat. Untuk membezakannya dengan tepung beras, larutkan dengan sedikit air. Larutan tepung beras akan lebih cair, manakala larutan tepung pulut pula akan lebih pekat. Ini disebabkan tepung pulut mengandungi lebih banyak pati yang berkanji dan melekit.

7 - Tepung Kastard.
Tepung kastard mempunyai bau yang wangi dan biasa digunakan untuk membuat kastard dan kek keju. Tepung ini akan menjadikan tekstur kek lebih rapat dan gebu. Anda boleh menggantikan tepung kastard dengan tepung gandum, ataupun menggantikan resepi tepung gandum dengan tepung kastard.

8 - Tepung Ubi Kayu.
Tepung ubi ataupun tepung ubi kayu adalah juga tepung kanji. Tepung ini biasanya digunakan sedikit sahaja di dalam resepi untuk meliatkan adunan. Ada juga sesetengah resepi menggantikannya dengan tepung sagu.

9 - Tepung Jagung.
Tepung jagung digunakan untuk memekatkan adunan. Biasanya tepung ini juga digunakan untuk memekatkan kuah mi atau sos.

10 - Tepung Creamer.
Tepung Creamer adalah seperti susu - berlemak tambahan - yang biasa dicampur dengan teh atau nescafe. Untuk resepi yang menggunakan susu, anda boleh juga menggantikannya dengan bancuhan tepung creamer .

11 - Tepung Sagu.
Tepung ini diperbuat daripada sari pati batang pokok sagu.Selain digunakan sebagai pemekat kerana bersigat agak melekit, tepung ini juga sering digunakan sebagai bahan utama untuk biskut atau makanan istimewa tradisi seperti bubur sagu.

12 - Tepung Badam - Serbuk Badam.
Diperbuat daripada kacang badam yang telah dikupas kulitnya dan dikisar halus. Teksturnya berkasar dan warnanya agak kekuningan dengan harga yang agak mahal. Digunakan untuk membuat biskut , pastri dan kek.

13 - Tepung Kacang Hijau.
Tepung ini biasa dibuat untuk kuih tradisional, seperti kuih kole kacang ,talam kacang dan sebagainya tepung ini diperbuat dari kacang hijau yang dikisar halus.

Setiap tepung ada ciri - ciri yang tertentu dan penggunaannya juga berbeza mengikut jenis - jenis resepi atau juadah yang ingin kita buat ,jika salah kegunaannya maka hasil juadah atau resepi yang kita sediakan pasti tidak akan menjadi seperti yang kita inginkan atau sebagainya .

Artikel kenali jenis - jenis tepung ini di edit dari sumber { Chef Gunawan a.k.a Chef Obie } ,oleh yang demikian sebelum kita membuat apa - apa jenis resepi atau juadah ,sila pastikan jenis tepung yang kita gunakan supaya nanti hasilnya tidak akan mengecewakan .
Artikel Disediakan Oleh : chefgunawanmalaysia.blogspot.com .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Kenali Jenis - Jenis Tepung"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel