Ayat Pengasih


Assalamualaikum dan Salam Mesra | "Ayat Pengasih" merupakan suatu ayat yang dibacakan dengan tujuan untuk membuatkan orang/insan lain suka/tertarik atau sebagainya , terhadap orang/insan yang membaca ayat tersebut ianya berhubung kait dari segi hubungan atau layanan mereka terhadap pengamal ayat pengasih ini.Ayat pengasih banyak diamalkan oleh orang/insan yang mempercayai ilmu sebegini .

Justeru itu ayat pengasih tergolong dalam dua kategori iaitu jenis yang haram diamalkan dan juga jenis yang halal untuk diamalkan yang ianya mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Agama Islam.Melalui pengalaman kami terdapat begitu banyak sekali ayat pengasih yang berunsurkan memuja syaitan dan jin di dalam proses amalannya , dengan itu ayat pengasih tersebut haram diamalkan kerana ia tergolong dalam hal - hal atau perkara menyekutu ALLAH S.W.T .

Namun begitu ada juga ayat pengasih yang halal diamalkan sebagai contoh ayat pengasih yang diambil/dipetik dari Al-Quran salah satunya dari surah Ta-Ha ayat 39 ,yang bermaksud seperti yang tertera di bawah.


 "Letakkanlah anakmu didalam peti,kemudian lepaskanlah peti itu ke laut,maka biarkanlah laut itu membawanya terdampar ke pantai,supaya dipungut oleh musuhKU dan musuhnya,dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKU perasaan kasih sayang orang terhadapmu,dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKU".

    Ayat pengasih yang haram serta wajib/harus dijauhi adalah seperti yang tertera disini,kita harus yakin bahawa setiap sesuatu yang terjadi/berlaku adalah dengan kehendak ALLAH S.W.T. Perkara ini merupakan yang terpenting sebelum kita mengamalkan ayat pengasih.Kita mestilah meyakini bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku selepas mengamalkannya adalah dengan kekuasaan ALLAH S.W.T.Ianya bukan kehebatan ayat pengasih tersebut biarpun dari mana asal - usul ayat pengasih tersebut diambil.

    Jika kita gagal mengawal diri dalam hal ini mungkin akidah atau pegangan agama kita boleh terjejas.Berikhtiarlah dengan doa serta keyakinan yang utuh agar apa yang diamalkan membuatkan ALLAH S.W.T memakbulkan doa kita dengan kehendakNya.

    • "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat.

    • Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

    • Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." 


    Merujuk kepada keterangan ayat/maksud diatas tidak dapat dinafikan bahawa sihir mempunyai kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih atau sebagainya secara paksa yakni sesuatu yang tidak dapat dikesan melalui zahir amnya.Demikian jugalah perbuatan angkara makhluk halus ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan.

    Justeru itu jika kita mengamal ayat pengasih yang bercanggah dengan hukum syarak maka harus/wajib dielakkan atau dijauhi.Demikianlah serba ringkas coretan ayat pengasih yang ianya menurut pemahaman dan pengetahuan kami,untuk carian lebih lanjut boleh berkunjung disini ,apa jua pendapat kita semua di dalam perkara ini terpulang pada pegangan atau iktikad masing - masing.Wallahu a’lam .

    Artikel terkini terus ke inbox email anda :

    PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

    0 Response to "Ayat Pengasih"

    Catat Ulasan

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel