Petua memasak nasi yang harus dipelajari
Khamis, 16 Mac 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Pelbagai petua yang diamalkan/temui ketika kita memasak nasi ada di antaranya petua yang diwaris dari orang - orang lama atau turun - temurun .
Kaedah amalannya mungkin diajar melalui lisan atau dari orang tua kita ( nenek ) ada juga melalui sumber - sumber lain seperti majalah , buku masakan atau melalui carian di google .
Boleh di katakan beruntunglah generasi masa kini semuanya terletak di hujung jari , tekan jer semua keluar tidak seperti generasi masa dulu .
Semua info/petua yang ingin diamalkan kenalah rajin bertanya serta jangan malu bertanya . Bagi kami petua memasak nasi harus di amalkan kerana nasi merupakan makanan rugi kita sebagai rakyat Malaysia .
Cuba kita tidak memakan nasi dalam masa satu hari bagaimana rasanya ! Mungkin boleh bertahan atau rasa macam hilang tenaga dalaman atau semacam hendak rebah . Berikut ini kami senaraikan di antara petua - petua yang boleh kita amalkan .
Memutihkan nasi .
Masukkan 1 sudu kecil air/jus limau nipis ke dalam nasi yang hendak kita masak .
Memasakkan nasi yang mentah .
Isi air ke dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api sehingga nasi masak .
Mengelakkan nasi supaya tidak berbau hangit .
Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi. Seterusnya tutupkan.
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan di tengah-tengah nasi yang hangit.
Supaya nasi lambat basi .
Sewaktu memasak nasi, masukkan 2-3 kuntum bunga cengkih serta secubit garam halus.
Basuh beras sehingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Untuk mengelakkan nasi lembik .
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlah sukatannya sama dengan sukatan beras.
Hilangkan bau hapak beras .
Basuh beras seperti biasa dan masak beras tersebut. Apabila air menjadi kering, masukkan sehelai daun pandan.
Mengelakkan dari kutu beras .
Gunakan daun limau nipis atau purut untuk mencegah kutu beras .
Caranya masukkan daun limau nipis ke dalam beras yang disimpan.
Buat satu lapisan dan letakkan beras.Ulang untuk beberapa lapisan daun limau nipis atau purut dan beras.
Pasti kutu beras tidak lagi menyerang beras kita,beras pun berbau wangi.
Petua memasak nasi yang kami kongsi disini sekadar amalan dan ianya juga merupakan amalan bagi kami ketika memasak nasi .
Keberkesanan petua ini terpulang kepada kita yang mengamalkannya atau penilaian masing - masing .Moga petua memasak nasi ini bermanfaat buat kita semua .Selamat mencuba.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Petua memasak nasi yang harus dipelajari"
Catat Ulasan