Kenali Ciri - Ciri Bomoh Yang Terpesong Dari Ajaran Islam

kenali ciri-ciri bomoh yang terpesong dari ajaran Islam

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Buat rakan - rakan yang berhajat ingin berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional (bomoh) yang ianya bertujuan untuk mengubati sesuatu penyakit yang di alami seelok -eloknya kenali ciri - ciri pengamal perubatan dalam mengubati pesakit sebelum membuat sebarang temujanji , Bomoh juga dikenali dengan panggilan dukun , pengamal pengubatan alternatif ,pengamal pengubatan tradisional , tabib , paranormal dan pawang .

Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi - jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin . Kebanyakkan yang kami lalui para bomoh ini petah bercakap serta mulut manis seoleh - oleh setiap tutur katanya membuat mereka yang mendengar terpukau seolah - olah ada sumber/kuasa ghaib yang membuat yang mendengar terpesona .

Ada juga pengamal perubatan tradisional (bomoh) yang mengubati pesakit dengan perubatan yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam . Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan dalam Islam .

Namun kebanyakkan bomoh yang kami temui melalui pengalaman adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.

Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi adalah seperti berikut  serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka :

  • 1. Tiada kaunseling atau dakwah Islam.
  • 2.Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.
  • 3.Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.
  • 4.Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.
  • 5.Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.
  • 6. Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
  • 7.Minta pengeras.
  • 8.Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.
  • 9.Minta duit dan kadang-kadang jumalah yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.
  • 10.Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.
  • 11.Guna air dalam mangkuk untuk menelek.
  • 12.Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
  • 13.Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf.
  • 14.Ada proses menurun sewaktu mengubat.
  • 15.Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani , malaikat dan nama-nama lain yang pelik.
  • 16.Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.
  • 17.Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat..
  • 18.Ada mengamalkan meditasi.
  • 19.Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
  • 20.Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.
  • 21.Mengaku boleh nampak jin.
  • 22. Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.
  • 23.Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP ) telah berubat dengannya.
  • 24. Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan..
  • 25.Menggunakan khadam seperti jin dan malaikat.
  • 26. Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.
  • 27.Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.
  • 28. Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.

Berbanding pengamal perbomohan yang melanggar ajaran agama Islam , pengamal perubatan Islam dan tradisional yang dibenarkan dalam Islam mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • 1. Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
  • 2. Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.
  • 3. Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam.
  • 4. Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.
  • 5. Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang jumalah sebagai hadiah.
  • 6. Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.
  • 7.Mengaku tidak ada kuasa ghaib
  • 8 .Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.
  • 9. Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit.
  • 10. Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah.
  • 11.Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.

Demikianlah serba sedikit kenali ciri - ciri bomoh yang terpesong dari ajaran Islam moga - moga coretan ini bermanfaat buat kita semua .Coretan ini juga bukan untuk aibkan mana - mana pengamal perubatan (bomoh)ianya hanya pengalaman benar yang kami lalui . Bak kata orang - orang lama beringat sebelum kena kalau udah terkena tak dapat den nak nolong . Coretan ini dicoret melalui pengalaman kami sendiri serta di sunting dari sumber seperti yang tertera di bawah . Wallahualam . Wassalam.
Sumber - 1623.activeboard.com | CERITA CERITA.

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Kenali Ciri - Ciri Bomoh Yang Terpesong Dari Ajaran Islam"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel