Resepi Lepat Pisang


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Selain enak dimakan begitu sahaja ,buah pisang juga enak dibuat kerepek pisang ,salad ,jus ,pan cake  atau sebagainya .Manakala buah pisang yang hampir masak/tua boleh direbus dan dicicah dengan kelapa  parut putih .Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan seperti yang tertera di bawah:

  • Darah tinggi dan strok .
  • - Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi . 
  • Kolestrol .
  • - Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit .
  • - Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia .
  • - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan .
  • - Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening .
  • - Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap .

Sebagaimana kita semua tahu macam - macam boleh dibuat dengan buah pisang ! Resepi pilihan coretan cerita kami kali ini ialah resepi lepat pisang yang ianya mengikut citarasa kami , cara - cara dan bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah :


Pisang yang sudah dilenyekkan bersama kelapa parut. 

Sudukan adunan ke dalam daun pisang. 

Bungkus mengikut citarasa sendiri. 

Susun ke dalam periuk kukusan dan sedia untuk dikukus.

Bahan - bahan seperti berikut :

  • 1 - 12 biji pisang berangan ( di lenyekkan , jenis pisang ikut selera anda )
  • 2 - 1 1/2 tepung gandum ( ikut saiz pisang kalau pisang kecil tidak perlu habiskan tepung )
  • 3 - 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 - 1 buku gula melaka ( di hancurkan , kalau suka manis boleh tambah lagi )
  • 5 - Daun pisang secukupnya dan dilayurkan dan di potong

    Cara - cara membuat seperti di bawah :

    • 1 - Campurkan pisang , kelapa parut dan gula melaka ke dalam satu bekas dan di gaul sebati . 
    • 2 - Kemudian masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan di kacau rata , pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair ( jika adunan terlalu cair boleh tambah tepung lagi ). 
    • 3 - Ambilkan sekeping daun pisang dan letakkan 2 sudu besar adunan di atas daun pisang tadi , lepas itu bungkuslah seperti membuat lepat biasa atau ikut selera anda , buat sehinga habis adunan . 
    • 4 - Kukus atas air mendidih selama 20 minit . 
    • 5 - Setelah masak , sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan . 

      Demikianlah secara ringkas cara - cara dan bahan - bahan untuk membuat resepi Lepat Pisang yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami pada semua .Jom ! apa kata hujung minggu cuba resepi ini .Selamat mencuba .

      Artikel terkini terus ke inbox email anda :

      PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

      0 Response to "Resepi Lepat Pisang"

      Catat Ulasan

      Iklan Atas Artikel

      Iklan Tengah Artikel 1

      Iklan Tengah Artikel 2

      Iklan Bawah Artikel