Resepi Apam Beras


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Apam secara umumnya merujuk kepada makanan/kuih-muih yang gebu serta lembut , Adunan pula dibuat daripada tepung gandum atau tepung beras . Cara - cara penyediaan apam boleh disediakan secara bakar atau kukus .

Terdapat beberapa jenis kuih yang dipanggil sebagai kuih apam , diantaranya kuih apam balik , apam berkuah , apam manis , apam beras dan juga apam kampung yang terdapat dalam pelbagai bentuk , rupa , warna dan rasa . Apam yang kami kongsikan ini ialah apam beras ianya sesuai untuk majlis keramaian , jualan harian atau apa saja . Cara - cara dan bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah :

Kuih apam beras yang sudah siap dikukus dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan - bahan seperti berikut .

  • 1 - 3 cawan tepung beras.
  • 2 - 2 1/2 sudu kecil mauripan ( instant yeast ).
  • 3 - 1 1/2 cawan nasi.
  • 4 - 1 1/2 cawan gula pasir.
  • 5 - 1 1/8 cawan air.
  • 6 - 1/2 paket kecil eno ( warna biru ).

Cara - cara penyediaan seperti di bawah .

  • 1 - Satukan tepung dan instant yeast kacau rata dan ketepikan .
  • 2 - Blender nasi sejuk bersama air dan gula hingga halus , kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi .Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan licin .Perap selama 3 jam .
  • 3 - Panaskan air kukusan , sapu acuan apam dengan sedikit minyak .Setelah 3 jam masukkan eno dalam adunan apam tadi dan kacau ( boleh letak pewarna jika suka ).
  • 4 - Tuang adunan ke dalam acuan apam dan kukus dengan api yang kuat selama 15 - 20 minit ( balut penutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih ) .
  • 5 - Bila masak keluarkan apam dari acuan dan boleh dihidangkan .


Selesai cara - cara bersertakan bahan - bahan membuat resepi Apam Beras yang ianya mengikut cara dan citarasa kami, segala pertanyaan atau apa saja persoalan boleh diaju terus kepada kami melalui halaman Contact Me atau komen terus di sini .Selamat mencuba .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Apam Beras"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel