Khasiat dan kelebihan madu lebah
Sabtu, 8 Februari 2014
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Mesra | Khasiat madu asli dari madu lebah yang telah terbukti dari dulu kini dan selamanya .Madu dikenali masyarakat sangat berguna bagi stamina tubuh dan juga dapat digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.Rasa dan warna madu tulen adalah berbeza-beza di mana sifat-sifat madu ini di pengaruhi oleh kandungan mineral dan air di dalamnya.
Selain daripada itu, jenis bunga-bungaan yang dipilih oleh lebah, jenis lebah dan tempoh matang madu tersebut dikutip amat mempengaruhi kualiti madu tulen. Lebah yang menghisap manisan pelbagai jenis bunga (mungkin ratusan jenis bunga) akan menghasilkan madu yang lebih baik dan berkualiti tinggi berbanding lebah yang cuma menghisap manisan dari beberapa jenis bunga yang terpilih sahaja.
- 1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
- 2. Memulihkan sel-sel urat besar.
- 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
- 4. Merangsang tenaga batin.
- 1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
- 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
- 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
- 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN MADU LEBAH .
1. BAYI/KANAK-KANAK.
- a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
- c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
- Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
- a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
- a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
- b) Menguatkan tenaga batin.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
- a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
- d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- g) Memulihkan batuk dan lelah.
- h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
- i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- j) Baik untuk perempuan bersalin.
- k) Membantu/menerangkan pemandangan.
CARA MENGGUNAKANNYA SEPERTI DI BAWAH.
SAPULAH MADU JIKA ANDA.
- 1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
- 2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
- 3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
- 4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
- 5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
- 6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
- 7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
- 8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
- 9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBIOTIK”KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH - Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah, disambung dengan Selawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakin.
SAPULAH MADU JIKA ANDA.
- a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
- b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
- c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
- d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.
- a) Makan bersama roti / biskut.
- b) Bahan membuat kuih / kek.
- c) Goreng atau panggang ayam.
- 1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- 2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
- 1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
- 2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
- 3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
- 4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- 5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
- 1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
- 2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
- 3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- 4. Mengelak dari kembung perut bayi.
- 1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
- 2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .
Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.Demikianlah secara ringkas khasiat dan kelebihan madu lebah ,moga - moga coretan ini memberi manfaat buat kita semua .Selamat amal beramal .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Khasiat dan kelebihan madu lebah"
Catat Ulasan