Resepi Biskut Almond London


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Memang tidak dapat dinafikan biskut almond london adalah satu - satunya biskut yang terhangat didalam pasaran tidak kira dimana sahaja samaada dikampung atau bandaraya ianya sentiasa menjadi sebutan dan pilihan orang ramai .

Semua orang menyukai biskut almond london terutama sekali kanak - kanak apatah lagi orang dewasa sebiji dua mungkin tidak mencukupi mungkin kerana rasa kacang badam garing di dalam biskut serta bersalut coklat yang membuat setiap gigitan begitu menyedapkan .

Surirumah atau siapa saja ,pasti menyediakan biskut ini dikala musim - musim perayaan atau mengikut kehendak masing - masing .Ramai di kalangan pengusaha - pengusaha biskut moden atau tradisional tidak melepaskan peluang menyediakan biskut almond london untuk jualan masing - masing .

Tidak terkecuali juga suri rumah - suri rumah yang mengusahakan bisnes biskut raya secara kecil - kecilan mahupun besaran kerana ianya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di peringkat lapisan masyarakat .

Kami juga tidak terkecuali tempias menyediakan biskut almond london untuk jualan dan dihidangkan untuk kepada para tetamu .Untuk itu kami kongsikan resepi biskut almond london yang ianya mengikut cara kami dan juga citarasa kami seperti mana yang tertera dibawah .

Butter dengan gula halus dipukul hingga kembang. 

Ayak kesemua tepung bersama baking powder dan gaulkan bersama serbuk badam.

Selepas butter dan gula kembang ,masukkan sebiji telur bersama esen vanila . 

Kemudian masukkan tepung dan digaul hingga memjadikan doh yang lembut. 

Doh yang telah siap di uli ,rehatkan seketika . 

Gentelkan doh bulat lonjong bersama kacang badam didalamnya.

Celup biskut almond london yang telah siap dibakar kedalam coklat yang telah dicairkan.

Masukkan kedalam papaer cup. 

Taburkan badam cincang diatasnya.

Biskut almond london yang telah siap disediakan dan disejukkan. 

Bahan - bahan seperti yang tertera di bawah.

1 - 250 gm mentega .
2 - 125 gm gula halus .
3 - 1 biji telur .
4 - 1 sudu kecil esen vanilla .
5 - 50 gm serbuk badam .
6 - 300 gm tepung gandum .
7 - 200 gm tepung jagung .
8 - 2 sudu besar tepung beras .
9 - 1 sudu kecil baking powder .
10 - 200 gm kacang badam - di goreng tanpa minyak .
11 - 50 gm kacang badam cincang - untuk hiasan .
12 - Lebih kurang 700 gm compound coklat .
13 - Paper cup .

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .

1 - Pukul mentega dengan gula hingga kembang .
2 - Masukkan telur ,esen vanilla dan pukul lagi .
3 - Masukkan serbuk badam ,kacau rata .
4 - Ayak bersama tepung jagung ,tepung beras ,baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi .
5 - Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh .
6 - Bentukkan doh menjadi bulat - bulat kecil lonjong dan masukkan kacang badam didalamnya .
7 - Letakkan diatas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega .
8 - Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit .
9 - Cairkan coklat compound dengan menggunakan kaedah double boil .
10 - Masukkan biskut tadi ke dalam paper cup dan tuang atau celup coklat .
11 - Taburkan sedikit kacang badam diatas biskut untuk hiasan .
12 - Biarkan biskut kering seketika dan sedia untuk dimakan atau disimpan .

Selesai resepi biskut almond london untuk tontonan semua yang ianya mengikut cara kami dan citarasa kami .Jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan tentang resepi ini atau resepi yang sebelumnya ,kami mohon sudi - sudilah hubungi melalui halaman About Me atau Contact Me atau juga diharapkan komen terus disini . Selamat mencuba .

Artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Biskut Almond London"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel